Notes for u:
Assalamualaikum & hello. Please be friendly. No harsh words !

20.2.14

Hai

Hai kekasih,
Bulan itu mengambang penuh bercahaya,
Seperti hatiku penuh untukmu,
Senyuman dibibir hati bahagia,
Bila tanpa berhenti cinta bertemu.

Hai kekasih,
Daku tahu sayangmu membara,
Kerana isi hati terpancar dari caramu,
Tak usah ditutur janji setia,
Makin melayang longlai jiwa hatiku

Hai kekasih,
Sukar kugambar hati bahagia,
Saban hari hati dibelah tidak meragu,
Hanya kita kecap bahagia,
Senantiasa kau terus bersamaku.

No comments: