Notes for u:
Assalamualaikum & hello. Please be friendly. No harsh words !

5.7.12

Ya Allah,

Aku bnyk mmbuat dosa kepada Engkau.
Aku segan dgn diriMu Ya Allah..
22 tahun aku hidup di atas pnjaman duniawi Mu ini, aku slalu leka...
Aku alpa dan sering terlupa utk sujud kepada Mu, begitu Maha Pengampunnya Engkau,
kerana masih  memberi aku nikmat Mu ini.
Masih lagi Kau beri aku peluang untuk melihat keindahan ciptaanMu,
masih mampu aku mendengar Azan panggilan sujud kepadaMu. Masih mampu aku merasa kasih sayang Mu ini.

Walau telah bnyk aku buat perkara larangan Mu ini. Aku mohon kepada Engkau Ya Allah, supaya Kau sntiasa buka kn hati ini utk sentiasa merendah diri di atas nikmat Mu ini. Supaya kau ketuk pintu hati ini utk terus sujud kepada Engkau Ya Allah.
Aku mohon kepada Engkau Ya Allah, setiap kali aku telah melakukan dosa, Kau berikan lah aku pengajaran kecil kepada aku supaya aku sedar. Tapi tidaklah aku mampu untuk menahan balasan Mu yg besar Ya Allah.

Sekiranya ada balasan Mu yg beri impak yg besar kepada hidup aku ini,
Ya Allah, Kau redhakan lah aku. Jangan lah bagi aku tangisan siang malam kepada sesuatu yg bukan milik hakiki.
Aku masih tidak mampu mengawal perasaan untuk ikhlas redha terhadap balasan Mu Ya Allah.
Kau berikan lah sesuatu yang masih di ruang kawalan aku Ya Allah.

Dan Ya Allah, sekiranya aku telah melukakan hati ibu bapa aku Ya Allah, berikanlah aku kesempatan utk meminta kemaafan Ya Allah.
Kau elakkan aku dari berdosa terhadap mereka Ya Allah.
Aku bersyukur kepada Engkau, kerana lahir dari rahim seorang ibu yang baik, wujud dari sperma seorang ayah yang baik.
Walau setiap hari mereka memberikan kemaafan kepada anak-anak mereka, aku masih berharap supaya Engkau gerakkan hati ini tatkala diri ini bakal berdosa kepada mereka.

Ya Allah, kau elakkan lah juga supaya aku tidak berbuat dosa kepada sesama hamba Mu Ya Allah. Oleh itu Ya Allah, Kau manis kan lah tutur kata aku supaya tidak menyakiti sesama kami Ya Allah. Elakkan lah aku dari berhutang dgn mereka Ya Allah.
Kau berikan lah aku perasaan sentiasa merendah diri,
supaya aku tidak bongkak dgn setiap nikmat yg telah Engkau limpahkn kepada aku.

Ya Allah, sesungguhnya aku hamba mu yg lemah, sering tersentuh hati.
Oleh itu Ya Allah, jgn lah Engkau mmberi kn aku balasan yang terlalu berat utk aku tanggung Ya Allah.
Aku tk mmpu Ya Allah...........

Terima kasih Ya Allah, kerana aku tidak kaya atau terlalu cantik.
Kalau kau berikan aku nikmat2 itu Ya Allah, maka ia ujian yg terlalu hebat utk aku tanggung Ya Allah.
Aku tk mampu mengawal nafsu aku utk bermegah2 dgn wajah yg cantik Kau berikan nanti.
Aku tk bisa menangkis sikap bongkak sekiranya aku diberikan kemewah duniwai.
Aku bersyukur, kerana aku sederhana.
Kerana dgn kesederhanaan ini, aku tidak mengundang maksiat atau nafsu dari lelaki2 yg memandang aku.
Namun Ya Allah, kau berikan aku nikmat dari segi belajar. Aku bersyukur kerana kau berikan aku kesempatan aku belajar. Kau berikan aku otak yang bijak. Kau izinkan aku mendapat dekan setiap semester.
Kau izinkan aku mendapat Anugerah Naib Canselor.
Ya Allah, aku amat bersyukur ke atas nikmat Mu ini. Aku berharap aku tidak riak dgn nikmat Mu ni.
Aku memohon semoga diperingkat Ijazah ini, Kau izin kn aku lg utk mendapat Anugerah Naib Canselor.
AMINNNNNN

Ya Allah, smpai waktu nya nant, kau berikan lah aku kesempatan utk taubat nasuha. Please :(



No comments: