Notes for u:
Assalamualaikum & hello. Please be friendly. No harsh words !

11.5.11

kenapa HALAL?

gambar tiada kena mengena


salam,
agak dh lama qutiq janji nk wt entri versi berpendidikan kan?
tp ntah bila nk tunai kan? oh jgn slah kn daku.
slah kn si maxis lembap tk hengat ni !
phfttt *nk tuka cel ah cenggini !

'PERANGAI KITA, MAKANAN KITA'

paham? maksud tersirat=perangai lahiriah kita, adalah berdasarkan pemakanan kita. makan makan yang baek, baek lah perangai kita. makan makanan yg tk baek, maka buruk lah perangai kita.

penting ke mkn mknan yg baek?

sgt penting selain didikan dari ibu bapa tntg sivik dan terutamanya didikan agama.

dr itu, maka nya kita perlu lah makan makanan yg halal yg sudah tentunya yang baek.
*rasa kalau korang tu bajet minum arak ke hape, tkya baca lahhh.

sebab musabab utama=KITE MEMANG DIMESTIKAN MAKAN MAKANAN HALAL. (kita adalah sekian muslim dan muslimah)

berikut adalah, hadis hadis yang mampu di cari qutiq,

Di dalam Al-Quran, Allah berfirman maksudnya:
"Wahai sekalian manusia ! Makanlah daripada apa yang ada di bumi, yang halal yang baik (halalan tayyiban)".
(Surah al-Baqarah: 168)

Dalam ayat yang lain, Allah menyatakan:
"Wahai orang-orang yang beriman ! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu". (Surah al-Baqarah: 172)

Rasulullah menegaskan juga di dalam sabdanya:
"Mencari yang halal adalah fardhu (wajib) bagi setiap orang Islam" (Riwayat Dailami)

Maksud Hadis:
"Daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka neraka lebih layak baginya" (Riwayat Thabrani)

Lagi maksud Hadis:
"Tidak akan memasuki syurga daging yang tumbuh daripada yang haram". (Riwayat Ahmad)

Orang yang makan makanan halal, doanya makbul berbeza dengan orang yang makan makanan haram, terhijab doanya dengan Tuhan.

Rasulullah bersabda:
"Betapa banyaknya orang yang rambutnya kusut-masai, badannya berdebu lantaran terlalu lama dalam pelayaran, makanannya dari yang haram dan pakaiannya dari yang haram, dan perutnya dipenuhi dari yang haram, diangkatkan kedua tangannya seraya berdoa: Wahai Tuhan! Wahai Tuhan! Bagaimana boleh Tuhan mengabulkan doanya" (Riwayat Muslim)

Rasulullah bersabda;
"Baguskanlah makanan engkau nescaya adalah engkau orang yang diperkenankan permintaan" (Riwayat Thabrani)

Memakan makanan yang halal akan menjadi sebab amalan diterima. Sebaliknya makanan yang haram itu, membuatkan amalan kita tidak diterima Tuhan.
Sabda Rasulullah:
"Demi (Allah) yang diri Muhammad ditanganNya, sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan sesuap makanan haram ke dalam perutnya, tiada diterima Allah amal darinya empat puluh hari" (Riwayat Thabrani)

Memakan makanan yang halal akan menjadi sebab kepada pembentukan hati seseorang. Ini sepertimana disabdakan oleh Rasulullah:
"Hati yang bersih ditempa daripada makanan yang bersih (halal)"

Telah dinukilkan oleh Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin, bab Adab Makan, satu hadis bermaksud:
"Hendaklah kamu makan daripada makanan orang yang bertaqwa"

paham?

a. Makanan itu jadi berkat atas kerana tangan orang yang membuatnya itu adalah orang bertaqwa.
b. Makanan itu sudah pasti halal, kerana tidak mungkin orang bertaqwa itu menyediakan makanan yang haram atau mendapatkan makanan itu daripada sumber yang haram.
c. Makanan itu disediakan dengan menyebut nama Allah. Kebiasaan orang bertaqwa memulakan pekerjaan dengan menyebut nama Allah.


apa kesimpulan nya?

banyak hadis menyebut doa akan makbul oleh org yg mkn mknn halal drpd org yg mkn mknn haram.

dan juga, utk memberikan hati yang bersih kepada kita selain daripada elak dari masuk api neraka dan untuk diterima amalan amalan kta.

memang, dr kecik lg mama qtq trained qtq mkn mknn halal. mcmna cara nya?

1) lihat tanda logo halal daripada JAKIM MALAYSIA sahaja.
2) JANGAN mkn mknn dr org yg bukan islam.
-sbb, ini akan mengundang kpd perasaan syubhah (di antara halal dan haram atau ragu ragu) maka, haram hukumnya.
3) elak mkn/mnum bnda yg asing bagi kta.

knp jgn mkn mknn org bukan islam?
sbb, kta tktaw smada sblm dia potong potong tu ke en, dia dh minum arak ke? pastu terkenan kesan kt mknn kta. atau pun, dia dh masak ba alif ba ya kt dlm periuk tmpt dia msk mknan kta.
ha, tk ke haram tu?

lgpun, memang tk bole kta mkn mknan dorang kerana ia akn mempengaruhi perangai kta dlm msa akan datang.

knp zaman skrg dh porak peranda mcm zaman jahilliah dl?
sbb salah satu nya, masyarakat islam skrg, mkn maen bantai je. cina msak, india msak, kaum laen msak, bantai je mkn. mna perangai tk ganas semcm kn?

ha lu pk lah sndr (nabil skjp)

mhm, tu pasal lah qutiq tknk mkn ayam brand yg halal tiga segi tu. sbb bkn dr jakim.
igt, HANYA LOGO HALAL DARI JAKIM SAHAJA DIPASTIKAN KEBENARAN HALALNYA.
pham?


ciri-ciri;-
1) MALAYSIA
2) 2 bintang
3) dlm bulatan ada 8 penjuru bintang
4) malaysia huruf jawi
5) dua bulatan

peringatan; kalau ada slah ejaan, itu pasti bkn dr JAKIM.

ini perbezaan;


dan, antara yglaen meragukan adalah,


dan bnyak lg..


sila klik ini, untuk direktori pengesahkan status halal bg produk produk di pasaran malaysia.
yg ni, laman web halal jakim,

WALLAHUALAM,

au revoir, dadaaa








No comments: