Notes for u:
Assalamualaikum & hello. Please be friendly. No harsh words !

11.4.11

BELAJAR PANDAI PANDAI TAW, ANAKKU.. sayang mama

salam,
bila td pn wan membebel pasal study ni,
(natijah daripada kelewatan hampir semua pelajar lelaki ke quiz td)
teringat pulak objektif utama qutiq menjejak kan kaki ke menara gading
yg m'jadi cita cita kebanyakan pelajar sekolah yg berwawasan
yang kebanyakannya sering setia mematuhi
ketetapan masa demi perhimpunan sekolah setiap hari isnin,
sekaligus mempunyai akal fikiran dan tahap kewarasan yang baik.
(berbeza daripada kebanyakan kanak kanak ribena yang berperhimpunan di Pavi).

*panjang pulak mukadimah aku
bahasawanya, objektif utama daku,
adalah untuk melihat mama daku,
menitis kan air mata semata mata kesan daripada kegembiraan,
*bukan air mata terguris luka ditusuk
kerana daku berjaya,
bukan hanya berjaya kerana mendapat tempat
di golongan bangsawan para pelajar warganegara Malaysia atau dalam erti kata lainnya,
berjaya menuntut ilmu di menara daging, *eh silap, GADING
yahhh, bukan hanya kerana menuntut ilmu,
tapi kerana berjaya menjadi golongan elit bagi para golongan bangsawan ini.
(*bukan aku yg ckp, para pensyarah yg gelar kn HIGH ACHIEVERS CLUB ni golongan elit okey !)

walaupun masih berada di kedudukan yang sipi sipi,
tapi qutiq akan usaha,
demi melihat wajah mama puas dgn titik peluh beliau.
tidak lupa juga abah :)

demi membuktikan yang qutiq bkn sahaja anak bongsu yg manja,
tidak mampu berdiri di atas kaki sendiri, atau berdikari.
malah mampu menandingi keegoaan,
kebongkakan seseorang....

bukan senang, memang bukan senang.....
beberapa hari ini,
ujian malah semakin hebat..
kdang qutiq menangis sendiri, kesan daripada depresi tak mampu tanggung beban
memaksa diri bangun pukul 4/5 pagi demi menghafal segala
menahan mata tidur pada waktu yang tak terlalu lewat malam
*tak terlalu, sbb limit qutiq sengkang mata smpai 2 pagi je

kdang depresi qutiq sering mencapai tahap,
dimana qutiq berasa migrain teramat.

tapi apakan daya,
semua ini mgkin bersangkut paut..

bermula dari kerana
gelaran anugerah dekan tercinta
membahagiakan kedua ibu bapa
mencapai matlamat hidup untuk berjaya
memberikan kehidupan yang lebih baik kepada generasi seterusnya
BERAMAL DAN MENCAPAI MATLAMAT HIDUP SEBAGAI SEORANG HAMBA-NYA

niat daku, tetap akan berpusing untuk Allah

masih ingat lagi, mama.....
mengeluarkan tangisan nasihat nya,
supaya aku berubah sikap,
supaya aku bisa hidup lebih bagus..

sejak itu, aku cuba mengubah diriku,

bermula daripada break dgn ex qutiq
belajar sedaya boleh utk SPM (wpun result dpt 1A je)
*memang kecewa bhaiii
tp, syukur jgk.
sbb memang smpat blajar utk SPM tk smpai 2 bln pun..
trial result, smua merah

mula mula, kecewa tk dpt first intake U.
tp rupanya, Allah masih nk bg peluang kt qutiq.
second intake, qutiq diterima.

sejak tuuuu, qutiq belajar bersungguh sungguh.
tk mcm qutiq study zaman sekolah.
berkat restu Allah, doa mamaabah, usaha qutiq, tawakal qutiq,
qutiq dpt juga dekan 4 sem berturut turut,
sehingga digelar Golongan Elit oleh pensyarah-pensyarah OM.
*bkn qutiq je, dlm 44 orang okay.

qutiq bkn jenis yang sedia kala genius,
otak qutiq slalu berkarat..
slalu lupa jeee.
qutiq tpksa sungguh sungguh jenuh menghafal segala.
dua ribu juta empat lima kali baru ingt hampir sepenuhnya.
UNTUNG LAH, ANDA SEMUA DILAHIRKAN OTAK GELIGA...


oleh kerana tangisan mama juga,
qutiq harap sangat qutiq kahwin lepas hidup betul betul stabil.
sbb qutiq nk bg mama mcm mcm.
kalau dh kwen, cane nk bg mcm mcm.
mgkin boleh, tp agak limit.
qutiq nk bg mama beg guess. nk bg abah kasut Jimmy Choo
indahnya kalau semua tu tercapai.
lagi lagi kalau dpt sponsor mama and abah p Mekah :)

tapiiiii
mcmna nk termakbul semua tuuu
sbb qutiq dh rasa gatal nk kwen.. :'(
uhukx, makaaaa
kalau lahhh. kalauu lahhhh qutiq tk dpt kotakan janji yang belum diusulkan ni,
qutiq tetap nk bg jgk mama dan abah mcm mcm.
qutiq cuba yea?

sayang mama dan abah dakuuu sangatt.

doa menyerlahkan kasih sayang kepada mereka ♥

kalau aku dpt anugerah naib chancelor,
aku nk mama dan abah peluk aku erat erat, cium aku bnyk bnyk kali ! tk kira, tuntut gak !


*anak yang selalu tk dgar kata adalah Qutiq Ishanee/Atiqah Ishak
au revoir, dadaaa


No comments: