Notes for u:
Assalamualaikum & hello. Please be friendly. No harsh words !

12.3.11

Kellie's Castle

salam,
CNTEK, TERSERGAM INDAH *pandagan belakang

sblm pape, qutiq nk paste cite pasal kellie's castle. ehsan dr google,

'Pada awal tahun 1900-an, pengusaha British telah membuka estet-estet getah di sekitar kawasan Batu Gajah. Antara pengusaha British yang terkenal ialah William Kellie Smith yang berasal dari Kellas, Scotland. Pada zaman kegemilangannya, hartawan estet ini telah membina sebuah bangunan besar pada tahun 1915 sebagai lambang cinta kepada isteri dan anaknya yang bakal lahir. Bangunan yang dikenali sebagai Kellie’s Folly atau Kellas House terletak kira-kira 15 km dari selatan Ipoh di Jalan Simpang Pulai-Batu Gajah dan mengikut ciri-ciri reka bentuk sebuah istana di India. Pekerja-pekerja pembinaan turut dibawa khas dari Madras.

Walau bagaimanapun, bangunan istana ini tidak dapat disiapkan pembinaannya apabila Kellie Smith meninggal dunia di Lisbon, Portugal pada 11 Disember 1926 ketika berusia 56 tahun. Sungguhpun tidak siap sepenuhnya, ia masih tersergam indah dan mempunyai keunikan sendiri terutama pada reka bentuk dalaman sehingga menjadi daya tarikan pengunjung tempatan dan luar negara seperti Afrika, Algeria, Brazil dan sebagainya. Kellie’s Castle menerima kunjungan kira-kira 100 hingga 600 pengunjung setiap hari.'


'Bangunan Istana Kellie atau Rumah Kellas telah dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka British bernama William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar Agra, India. Tukang-tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari Madras.

William Kellie Smith adalah dari sebuah desa di Skotlandia yang dikenali sebagai Kellas. Pada tahun 1890, ketika berusia 20 tahun, Smith tiba sebelum Tanah Melayu membangun. Di Tanah Melayu, beliau bertemu dengan seorang pemilik tanah bernama Alma Baker, yang telah memenangi konsesi dari pemerintah negara untuk menghapus 360 hektar hutan di Perak. Dengan keuntungan besar yang dibuat dari perniagaan bersama ("bisnes venture") dengan Alma Baker, Smith mula menanam pohon getah dan menceburi dalam industri perlombongan timah. Sewaktu dengan itu, ia menjadi pemilik Perumahan Kinta Kellas dan Kinta Kellas Tin Dredging Company.

Kemudiannya beliau kembali ke rumah beliau untuk berkahwin dengan orang Skotland tercinta, Agnes, dan isterinya dibawa ke Malaysia pada tahun 1903. Tahun berikutnya, pasangan ini diberkati dengan anak perempuan mereka yang bernama Helen. Selama bertahun-tahun selepas itu, Agnes berusaha untuk hamil, tapi gagal. William Smith terlalu mengharapkan seorang anak lelaki sebagai waris untuk mengambil alih kerajaan itu di Kepulauan Melayu. Setelah bertahun-tahun selepas itu, akhirnya Agnes telah melahirkan seorang anak lelaki bernama Anthony, pada tahun 1915. Kelahiran anaknya adalah peringkat awal bagi keuntungan yang lebih besar untuk William Smith. Bagi merayakan kelahiran Anthony, William Smith telah memutuskan untuk memperluaskan rumahnya. Smith memulai perancangan untuk cadangan istana besar yang dirancangkan untuk digelar sebagai Rumah Kellas (Kellas House), sempena rumahnya di Scotland.

Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia itu juga dilengkapkan dengan lif yang pertama di dibina Tanah Melayu. Di tingkat kedua pula akan dibina sebuah padang tenis berlantaikan simen.

Berita mengenai bangunan ini pernah disiarkan dalam akhbar London Financer pada 15 September 1911. Akhbar itu mengatakan Kellas House itu merupakan bangunan yang paling unik di seluruh Timur Jauh, sama ada dari segi bentuk ataupun besarnya.

Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal pada 11 Disember 1926. Bangunan yang kekal dalam keadaan 'sedang dibina' telah menjadi tarikan pengunjung keBatu Gajah kerana keunikannya.'




okay, smlm(JUMAAT, 110311) qutiq dgn kwn kwn pg kellie's castle taw beby.
mula mula tkut sgttt nk msuk nk jelajah seluruh istana tu.
yea lahh en, istana dh lebih seratus tahun. tk sempat siap lak tu. nk kta terbiar tu, ada org jga.
tp still takut. sbb seakers and apa smua pnah shoot situ. and memang ada penunggu kt situ.
qutiq mcm tkut tkut nk msuk tmpt simpanan arak dia. kt situ, gelap gila. bilik bwh tanah. memang tkd lampu.

TMPT SEMBAHYANG DORANG

masa ktorang p pulak, memang tk ramai org. nseb baek ktorang p tgahr.
penjaga kt situ ckp, kalau pg nk mghrib camtu, memang ada bnda kacau. phftttt

smlm dh lah qutiq tdo sorang. aza blek ruma. mlm ni pun soranggg. smlm mlm mcm nk nanes taw sorang sorang dlm bilik :'(

qutiq nk memang penakut gila.

senanye, istana ni dibina sbb nk suro isteri dia, atau Agnes menetap di Malaysia. sbb isteri dia dr golongan bangsawan, nk hidup selesa sejuk mcm kt negara dia lahhh, so William pun gagah lah p bina istana ni, pdahal, kt dpan istana ni, dh ada ruma dorang. tp tk sebesar istana tu. tp besar lahh utk zaman dl dl. tp dh kna bom waktu perang dunia ke-2 tu. jepun lahh bom.

ada satu masa tu, ada wabak melanda pekerja pekerja dia. dia pun tnye lah satu bomoh ni. pastu, bomoh tu ckp, tuhan dh mara. kna lah wt satu kuil. so 500 meter dari istana tu, ada satu kuil. kebetulan pulak, lepas drpd dorang wt kuil tu, wabak tu pun dh tkd.

tp, tk lma lepas tu, William disahkan ada penyakit radang paru paru. huhu pastu dia meninggal. masa tu bini dia memang tkd. Agnes, Helen dan Anthony ada kt negara asal dorang. tp agnes blek kjap masa dia meninggal tu. bwk bdn William ke negara mereka. pastu, istana tu tk smpat lah nk siap. huhuhu

rumah beliau yg kna bom tu. dpan Istana Kellie

lif pertama di Malaya kalau dpt disiapkan

az bgmbar kt bilik Anthony :)

sempat lg qutiq buat peace

tngga yg sgt kecik. phfttt

bilik simpan arak

ntah siapa lah ni


kt tepi ni ada bendera Malaysia wooo

pemandangan dari atas

warhh fairos siap angkat kaki tuuu

kuil yg diceritakan td

pagar depan


okay, senanye ktorang bru alek kelas. pastu terus pg batu gajah, mkn. pastu bru p Kellie's Castle tu :) heee korang pun pg lahh. seronok jgk pg tmpt bersejarah cani. msa ktorang p tu, ada org wt wedding photography. kt sana, nk wt photography memang cntek :)

dia lah tourist guide ktorang

beliau jgk lah ceritakan pada daku pasal cerita yg hantu hantu takut takut dan bg tgk gmba hantu kt Kellie's Castle tu lg. tu yg wt daku tk dpt tdo mlm tu. td mand pun teringat gmba tu :'(

ada bnyk lagi visual bergambar yg dapat di tangkap. tp, sbbkan nk muatnaik gmbar gmbar td pun dh amek msa dr kul 10 pagi smpai 1 petang, qutiq batalkan niat nk bg korang tatap smua gmbar. phfttt

au revoir, dadaaa

No comments: