Notes for u:
Assalamualaikum & hello. Please be friendly. No harsh words !

21.3.11

ADUHHH NK KIAMAT :(

salam

khabarnye dkat pahang ada dentuman dan gmpa bumi.
pastu para' ulama ckp tu mgkin suara dajjal nk keluar ke perut bumi.

aduhhhh tkut nyee beby. akhir akhir ni, bila qutiq solat mst kadang smpai menangis... :'(

seram sejukkk beby. tkut sangattt bila pk kan dosa maksiat selama 21 tahun hembus nafas kt atas bumi niiiii...

ada ke tmpat qutiq kt syurga tuuuu? and mgkin ke tmpt qutiq kt neraka???

akhir akhir ni, qutiq sedaya upaya tk tinggal solat...
kdang mahgrib tk smpat. (bru 2x sejak qutiq dh brbh) qutiq qada' kn blek sblm qutiq solat isyak.

arghhhhh bnyk nye dosa aku, Ya Allah...

kwn kwn, mari lah kta sma sma kembali kepada Allah yea....
setiap kali doa slps solat, qutiq akan doa cani antaranya:

'Ya Allah, kau panjang kan lah usia dunia ini supaya hamba hamba mu sempat sujud dan sembah kepada mu Ya Allah...'

qutiq harap semua orang islam solat lah lima waktu. cuba tk buat maksiat dh yea? jgn lah pkai yg terdedah sgt.. qutiq taw, qutiq pun pkai bju tk serupa bju, seluar tk serupa seluar, tp kita sma sma lah saling nasihat menasihati. now pun qutiq pkai bju stok besar besar jeee. qutiq taw, qutiq tk ptut pk cani, 'nant kalau dh kawen bru lah bole pkai kurung and jubah sentiasa' :(

tu pasal lah qutiq nk kwen awal. qutiq hrap bakal suami qutiq dpt bimbing qutiq ke arah jalan yg benar. tp zaman skrg susa lah nk cr :(

bila pk kan dajjal akan sesat kn kta nant, lg qutiq tkowt. qutiq tkowt nant iman qutiq tk ckup kuat, and terpengaruh dgn kesesatan dajjal tu. minta minta lah qutiq tk tergolong dgn golongan yg sedemikian. qutiq doa setiap hr, qutiq tkkan berpaling dari menyembah dan sujud kepada Allah. minta minta Allah kuatkan iman qutiq.. qutiq tk tgelincir dari jalan yg benar.. AMINNNN

klik sini utk tahu kisah dajjal.

dan,

Perlindungan dari Fitnah Dajjal

Nabi-nabi sekaliannya telah memperingatkan umatnya akan fitnah-fitnah dajjal. Telah disampaikan kepada kita bagaimana ciri-ciri dajjal dan fitnah-fintah yang dibawanya adalah untuk umat Nabi Muhammad s.a.w. ini sentiasa waspada terhadap dajjal kerana munculnya dajjal ini adalah pada zaman umat Nabi Muhammad s.a.w. kerana nabi Muhammad adalah penutup para Nabi. Hendaklah kita memohon perlindungan daripada Allah dari fitnah dajjal ini. Cara-cara memohon perlindungan adalah:

1. Berpegang teguh dengan agama Islam dan bersenjatakan iman dan mengenal nama-nama dan sifat-sifat Allah yang tidak bersekutu padanya dengan seorangpun sehinggalah ia mengetahui bahawa Dajjal adalah makhluk biasa yang makan dan minum sedangkan Allah maha suci dari semua itu.

2. Memohon perlindungan ketika tahiyyat terakhir sebelum salam dengan membaca doa berikut:


اللَّهُمَّ اِنِّيْ اَعُوْذُبِكَ مِنْ عَذَاْبِ جَهَنَّمْ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاْتِ ومِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيْحِ الدَّجَّال

"Ya Allah, aku memohon perlindungan dari azab jahannam dan dari azab kubur dan dari fitnah hidup dan mati dan dari seburuk-buruk fitnah al-Masih ad-Dajjal." [HR Muslim dari Abu Hurairah r.a.]

3. Menghafal atau membaca 10 ayat awal surah al-Kahfi atau 10 ayat terakhir surah al-Kahfi. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim kitab al-Fitan, Bab Zikr ad-Dajjal. Antara keistimewaan surah al-Kahfi adalah sebagaimana sabda Nabi s.a.w. daripada Abi Sa'id al-Khudri r.a: "Sesungguhnya orang yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat maka diberi cahaya untuknya di antara dua Jumaat (jumaat ini dan jumaat depan)." [Hadis riwayat al-Hakim, Disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih Jami' Shaghir]

4. Jika telah muncul Dajjal, hendaklah ia bersembunyi dan adalah lebih baik menetap di Mekah dan Madinah kerana Dajjal tidak akan dapat memasuki Kota ini dan Masjid-masjid yang telah di sebutkan sebelum ini [rujuk bhgn 1]. Sabda Nabi: "Barang siapa mendengar ada Dajjal maka hendaklah ia bersembunyi darinya. Demi Allah ada seseorang yang mendatanginya dan dia mengira bahawa ia beriman lantas dia mengikutinya kerana banyak syubhat atau kesamaran yang menyertainya." [HR Ahmad, Abu Daud dan Hakim]

credits to author

okey lahhh,
au revoir, dadaaa

No comments: