Notes for u:
Assalamualaikum & hello. Please be friendly. No harsh words !

18.12.09

SAYA MASIH LAGI DALAM KERINDUAN



yeah, saya begitu rindukan hidup saya dahulu apabila semua perkara dirasakan betul dan masuk akal. saya ingin merasakan situasi bila saya sentiasa dipujuk dan dirayu. bila saya sentiasa dipuji oleh dia. bila saya sentiasa diinginkan dia. bila saya sentiasa ada masa untuk memikirkan dan mengendahkan kehendak perempuan saya. saya rindukan apabila saya kurang memikirkan untuk memanjakan, hanya untuk dimanjakan. saya ingin diri saya seperti dahulu, bila saya ada dia yang boleh mengadu rasa. bila saya rasa saya sangat sedih, dia sentiasa memberikan semangat dan membuatkan saya lupa tentang masalah saya itu. saya tidak mahu keadaan sekarang, bila saya sentiasa tidak ada masa untuk memikirkan rajuk dan gedik saya. bila saya sentiasa kena kuatkan hati hadapi semua apa yang saya tidak biasa lakukan dahulu. kini saya hanya mempunyai perasaan takut kerana setiap perbuatan saya memberikan peratus yang tinggi untuk mengeruhkan keadaan. saya inginkan orang yang saya cinta sentiasa memberikan saya masa untuk memikirkan tindak balas saya terhadap sesuatu perkara. maksud saya, apabila sesuatu yang sedih atau sakit hati berlaku, saya sentiasa ada peluang untuk dimanja dan dituruti. bilakah saya akan merasai semua yang saya mahu? saya ingin dia, iaitu seorang yang sangat saya perlukan dalam hidup ini. tapi dia tidak pernah memahami saya. malah kadang-kadang membuatkan saya rasa lebih teruk. sehinggakan saya terpaksa melupakan masalah saya untuk memujuk dia. saya adalah seorang yang sangat menyedihkan. saya sentiasa berpura-pura dengan kebahagiaan saya. maksud saya, kebahagiaan yang dirasai bila saya sentiasa dimanja dan diturut. walaupun memang saya berasa bahagia bila melihat dia bahagia, tapi saya ingin juga rasa sama-sama bahagia. saya sedar, ini semua balasan saya terhadap perbuatan saya dahulu yang menyakitkan hati orang. adakah saya menyesal? saya pun tidak pasti. tetapi, sebagai perempuan biasa, saya sentiasa ada perasaan ingin rasa diperlukan. saya juga seorang perempuan biasa yang sentiasa ingin merasai perasaaan gedik. tapi saya terpaksa melupakan hasrat saya, kerana saya perlu memastikan dia sentiasa dalam keadaan okey. sebab saya sentiasa kena menjaga hati dia. saya rasa, ini mungkin pengorbanan yang perlu saya lakukan. untuk mengetepikan perasaan saya sendiri hanya kerana dia. sebab saya berasa senyuman dia adalah kepuasan saya.

YAALLAH, KAU TABAHKAN LAH HATI AKU SUPAYA SENTIASA BERTAHAN DAN TIDAK BERPUTUS ASA. AKU TAHU INI UJIAN DARI MU YAALLAH. SEKIRANYA ADA KHILAF KU YANG ENGKAR TERHADAP MU, AKU MEMOHON SUPAYA KAU MEMAAFKAN AKU. AKU TAHU, AKU INSAN BIASA YANG TIDAK LARI DARI MEMBUAT KESILAPAN..

No comments: